Tenang Diary, Perjalanan Rohani 30 Hari Bersama Al-Quran

"Penatnya hidup ini..."

Kulit ebook Tenang Diary, Perjalanan Rohani 30 Hari Bersama Al-Quran

Kadang bukan terlalu banyak kerja...

Tetapi kerana hati terlalu lama mencari tenang di tengah kesibukan hidup.

Tenang Diary adalah perjalanan perlahan-lahan kembali tenang bersama Al-Quran

Ada hari...
semuanya nampak baik-baik sahaja.

Kita terus bekerja.

Terus mengurus kehidupan.

Dan terus tersenyum seperti biasa.

Tetapi dalam diam, hati terasa penat dengan sesuatu yang sukar dijelaskan.

Kadang...
hati hanya mahu berehat seketika.

Mahukan ruang untuk kembali bernafas.

Kembali tenang.

Dan kembali mengingati Allah.

Mungkin... anda pernah merasai apa yang saya tuliskan di atas.

Dan sebenarnya...
saya juga pernah melalui fasa yang sama.

Assalamualaikum wbt 💙

Hai, nama saya Asnadila Amris.

Ramai lebih mesra memanggil saya Dila.

Saya graduan Universiti Teknologi Petronas (Chemical Engineering) dan kini memilih menjalankan bisnes sendiri.

Alhamdulillah, Allah juga rezekikan saya terlibat dalam bidang latihan, pendidikan dan bisnes hampir 16 tahun.

...

Namun, sama seperti ramai wanita, isteri dan ibu yang lain...

Hidup saya juga dipenuhi dengan kesibukan dan pelbagai tanggungjawab harian.

Urusan kerja.

Keluarga.

Rumah.

Dan macam-macam lagi.

Hari-hari terasa terlalu laju.

Penat...

tetapi tetap terus berjalan.

Sampai satu ketika,

saya merasakan dunia seakan-akan tiada beza antara siang dan malam.

Sibuk dan penat yang tidak pernah habis.

...

Sehinggalah suatu hari...

Seorang Guru Al-Quran yang sangat saya hormati bertanyakan satu soalan yang benar-benar menyentak hati saya,

Apa yang kamu sibuk sangat setiap hari?

Saya terdiam seketika.

Dan beliau sambung bertanya lagi,

Berbaloi ke sibuk itu di sisi Allah?

AllahuAkbar.

Dari situlah saya mula tersedar dan perlahan-lahan belajar melihat hidup melalui panduan Al-Quran.

Biarlah sibuk dan penat ini benar-benar berbaloi...

dan diterima Allah sebagai amal di sisiNya.

Dan daripada perjalanan hati itulah, lahirlah Tenang Diary

Semoga perjalanan kecil ini dapat menemani hati yang sedang sibuk, penat dan perlahan-lahan ingin kembali tenang bersama Allah 💙

Apa itu Tenang Diary?

Tenang Diary bukan sekadar perkongsian motivasi.

Tetapi sebuah Perjalanan Rohani 30 Hari...

untuk membantu hati kembali melihat hidup melalui panduan Al-Quran.

Allah Ta'ala berfirman, maksudnya :

"Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu Peringatan dari Tuhanmu, Penawar bagi penyakit yang ada dalam dada, Petunjuk dan Rahmat bagi orang yang beriman."

(Surah Yunus : 57)

Maha Baik Allah.

Dan inilah antara tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya.

Al-Quran hadir sebagai...

💙 Peringatan...

Bila terlupa...
kita diingatkan.

💙 Penawar...

Bila hati terasa sakit...
kita dipujuk dan dilegakan.

💙 Petunjuk...

Bila hidup terasa keliru...
kita diberi petunjuk.

💙 Rahmat...

Dan bila diri terasa lemah...
Ya Allah, rupanya rahmatMu sentiasa ada.

Dalam perjalanan ini,

kita akan dibimbing perlahan-lahan melalui Formula T.E.N.A.N.G

untuk membantu hati kembali melihat hidup melalui panduan Al-Quran.

T
Tujuan hidup
E
Erti kehidupan
N
Niat kerana Allah
A
Amal mendahulukan Allah
N
Nikmat melalui syukur & istighfar
G
Ghaib sebagai persediaan menuju Allah

Perlahan-lahan...

hati akan belajar kembali melihat kehidupan dengan lebih tenang sebagai hamba Allah 💙

Sepanjang perjalanan 30 hari ini,

hati akan dibimbing perlahan-lahan melalui 3 persoalan penting kehidupan

Di mana saya sekarang
Fasa 1
Di mana saya sekarang?

Belajar melihat hakikat dunia dan kehidupan yang sedang dilalui.

Ke mana saya nak pergi
Fasa 2
Ke mana saya nak pergi?

Belajar kembali berharap dan menuju hanya kepada Allah.

Siapa saya sebenarnya
Fasa 3
Siapa saya sebenarnya?

Belajar mengenali diri sebagai hamba Allah dan khalifah di bumiNya.

Perlahan-lahan...

hati akan belajar melihat kehidupan dengan lebih tenang dan lebih jelas arah tuju 💙

Sepanjang perjalanan 30 hari ini,

hati akan ditemani perlahan-lahan setiap pagi dan malam

Nota Hati Tenang
💙 Nota Hati Tenang

Formula T.E.N.A.N.G untuk membantu hati melihat kehidupan melalui panduan Al-Quran.

Inspirasi Pagi
💙 Inspirasi Pagi

Memulakan hari dengan inspirasi dan langkah kecil agar hati tetap tenang walaupun dunia terus sibuk.

Refleksi Malam
💙 Refleksi Malam

Menutup hari dengan muhasabah, rasa syukur & ruang kembali berbicara dengan Allah sebelum berehat.

Kerana kadang...

hati tidak perlukan perubahan besar sekaligus.

Tetapi perlukan ruang

untuk kembali perlahan-lahan bersama Allah 💙

Perkongsian daripada perjalanan mereka...

Apa kata sahabat yang sudah mengikuti Tenang Diary?

Testimoni pelanggan Tenang Diary Testimoni pelanggan Tenang Diary Testimoni pelanggan Tenang Diary Testimoni pelanggan Tenang Diary Testimoni pelanggan Tenang Diary Testimoni pelanggan Tenang Diary Testimoni pelanggan Tenang Diary

Tenang Diary

sesuai untuk hati yang...

  • 💙Terasa penat dengan kehidupan yang terlalu sibuk
  • 💙Ingin kembali dekat dengan Allah perlahan-lahan
  • 💙Mahu belajar melihat hidup melalui panduan Al-Quran
  • 💙Sedang mencari ketenangan di tengah rutin harian
  • 💙Mahu memulakan hari dengan rasa lebih tenang dan terarah
  • 💙Mahu menutup hari dengan rasa lebih tenang dan bermakna

Tenang...

Tak perlu tunggu sempurna untuk memulakan perjalanan ini 💙

Apa yang anda akan terima?

Sepanjang perjalanan 30 hari ini,

anda akan menerima :

Tenang Diary

Ditemani setiap pagi dan malam selama 30 hari
3 Fasa Perjalanan
💙10 Hari Pertama Di mana saya sekarang?
💙10 Hari Kedua Ke mana saya nak pergi?
💙10 Hari Ketiga Siapa saya sebenarnya?
Formula T.E.N.A.N.G
Nota Hati Tenang
Inspirasi Pagi
Refleksi Malam
Checklist 30 Hari
Istimewa Buat Anda

Hadiah Untuk Perjalanan Ini

Sebagai tanda penghargaan,

anda juga akan menerima:

40 Video Perjalanan Baiki Diri

oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Video 40 DAYS JOURNEY oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

40 Days Journey

7 Langkah Baiki Diri

Menentukan Arah HidupHIDAYAH
Menetapkan Tujuan HidupIBADAH
Mengikut Jalan HidupSYARIAT
Menyediakan Bekalan HidupSOLAT
Memiliki Pendorong HidupZIKIR
Mengatasi Halangan HidupDOSA
Menghadapi Kesudahan HidupMATI

Semoga perkongsian ini menjadi teman dalam perjalanan hati menuju Allah 💙

Mungkin...

bukan kebetulan anda sampai ke sini hari ini.

Dan mungkin...

inilah perjalanan yang sedang dicari oleh hati selama ini.

InsyaAllah...

semoga perjalanan ini menjadi asbab hati lebih tenang dan semakin dekat kepada Allah.

💙

Saya Ingin Mulakan Perjalanan Ini ♡

✈️ Perjalanan ini akan dikongsi melalui Telegram. Maklumat akses akan diberikan selepas pendaftaran.

Cuba sekarang

Semak Hati anda hari ini

Tenang Diary ialah ‘teman’ untuk anda berhenti sejenak dan mengenali hati anda dengan lebih dekat.

Soalan 1 daripada 4
Bila kali terakhir anda berhenti dan bertanya, hati saya macam mana hari ini?
Apa itu Tenang Diary?
 Tenang Diary
Bila hati penatSatu ayat menenangkan, hari demi hari
Rasa yang terpendamAda ruang untuk diluahkan
Hubungan dengan Al-QuranDipandu sedikit demi sedikit
BebanCukup sepuluh minit sehari
Selepas habisAda rekod perjalanan hati anda
Tenang Diary memang untuk anda

Jika hati anda berkata ya

  • Anda kuat untuk semua orang, tetapi mula rasa kosong dalam diam.
  • Anda rindu untuk dekat semula dengan Allah, tetapi tidak tahu di mana hendak mula.
  • Anda mahu panduan yang menenangkan, bukan satu lagi tugasan yang membebankan.
Untuk memulakan

Beri hati anda 30 hari

Satu keputusan kecil hari ini, untuk hati yang lebih tenang esok.

Kulit ebook Tenang Diary
RM50
Sekali bayar, akses penuh
  • Tenang Diary, panduan 30 hari
  • Akses terus selepas pembayaran
Mula perjalanan saya

Mulakan hari ini. Jangan biarkan hati menunggu lebih lama.

Soalan lazim

Sebelum anda mula

Berapa lama perlu saya luangkan setiap hari?
Cukup sekitar sepuluh minit sehari. Tenang Diary terhasil untuk muat dalam hari anda yang sibuk, bukan menambah beban.
Tenang Diary ni dalam format apa?
Tenang Diary ini dalam format ebook, iaitu buku dalam bentuk digital.
Bagaimana saya akan dapat Tenang Diary lepas buat pembayaran?
Selepas pembayaran disahkan, anda akan menerima akses melalui emel. Sila semak juga bahagian spam atau junk jika tidak dijumpai di peti masuk utama.
Peringatan mesra: jika pautan fail tidak dijumpai di peti masuk anda, kemungkinan ia berada di bahagian spam atau junk. Sila semak di sana sebelum menghubungi kami.

Tenang Diary · Perjalanan Rohani 30 Hari Bersama Al-Quran

Kandungan ini untuk tujuan renungan peribadi. Ia bukan pengganti nasihat perubatan atau kesihatan mental profesional.